+6013 771 5285
aimanrealestate07@gmail.com
MON-SAT 8:00- 10:30
SELAMAT DATANG KE
AIMAN REAL ESTATE
NAK JUAL DAN BELI RUMAH?

Abang bantu dari A - Z uruskan segalanya dengan mudah!

AIMAN REAL ESTATE
ABANG BANTU!
JUAL RUMAH & BELI RUMAH

Tugas abang :

- Menjual rumah

- Mencari rumah untuk pelanggan

- Menyemak harga pasaran hartanah terus ke valuer

- Menyemak kelayakan loan secara percuma terus ke bank

- Mengurus permohonan loan bank/lppsa

- Mengurus urusan guaman terus ke pihak lawyer


Abg bantu sampai pelanggan dapat kunci!

aimanrealestate
REN78998
Aiman Abu Bakar

KENAPA ABANG JADI PERUNDING HARTANAH?

Abang sebenarnya seorang usahawan. Alhamdulillah, bisnes yang abang bangunkan kini sudah mula memasuki fasa automatik di mana operasi berjalan lancar dengan bantuan team yang semakin mantap, tanpa perlu perhatian penuh daripada abang lagi.

Bila ada lebihan masa, abang jenis tak reti duduk diam. Abang pilih untuk jadi Perunding Hartanah sebab 10 tahun lepas, abang sendiri pernah rasa betapa susahnya nak beli rumah pertama. Sampai sekarang abang tak lupa rasa tu sebab tu abang nak bantu orang lain pula capai impian yang sama.

Ramai orang rasa beli rumah ni susah prosesnya rumit, banyak benda nak fikir, dan takut tersilap langkah. Tapi sebenarnya, bila ada orang yang sudi bantu dan terangkan dengan jujur satu persatu, semuanya jadi lebih mudah dan yang paling penting, hati pun rasa tenang.

Abang  anggap ini satu peluang untuk bantu orang capai impian. Dan bila tengok pelanggan tersenyum lebar sambil pegang kunci rumah sendiri… perasaan tu memang tak boleh digambarkan. Rasa puas, rasa berbaloi, dan terus rasa nak bantu lebih ramai lagi.


AIMAN

KEMAHIRAN SAYA
expert-icon1
RANCANG JUALAN/BELIAN

Boleh bercakap secara bersemuka walaupun dalam keadaan terdesak. Berbincang dengan pembeli dan penjual dalam proses menjual beli hartanah.

expert-icon2
ANALISA PASARAN

Berhubung rapat dengan valuer mengenai harga pasaran hartanah terkini mengikut kawasan. Semua rujukan fakta dan sahih.

expert-icon3
MARKETING

Mempunyai pengalaman 13 tahun dalam bidang Marketing. Mahir penggunaan Fb Ads, Google Ads dan lain-lain lagi.

TUMPUAN NEGERI 
Buat masa sekarang tumpuan saya untuk 2 negeri di utara Malaysia iaitu Pulau Pinang dan Kedah
aimanrealestate

Project 1

aimanrealestate

Project 2

FEEDBACK
apa kata mereka tentang servis abang!

Saya sangat berpuas hati berurusan dengan En.Aiman. Segala proses jual rumah berjalan dengan lancar, En.Aiman sentiasa memberi penerangan yang jelas dan mudah difahami. Saya rasa yakin dan tenang sepanjang urusan. Terima Kasih En.Aiman!

aimanrealestate
Puan Masliha - Sungai Petani, Kedah

Alhamdulillah, urusan beli rumah pertama saya dengan En.Aiman sangat mudah dan cepat. En.Aiman banyak membantu dari Ato Z, terangkan step dengan sabar dan jujur. Dari Urusan Semak kelayakan, carian rumah, melawat rumah, tempahan rumah, loan, lawyer dan sampai dapat kunci En.Aiman bantu. Memang terbaik, highly recommended! 

aimanrealestate
En. Shukri - Bertam, Pulau Pinang
HUBUNGI ABANG!

Abang sedia bantu mencari rumah idaman awak!